Rindu nak menaip kat blog ni tapi disebabkan kekangan kerja serta aktiviti-aktiviti keibuan yang lebih memerlukan menyebabkan kerinduan itu dipendamkan dulu. Hari ini barulah ada kelapangan sikit...so bolehlah akak menari-narikan jari- jemari akak yang tak berapa nak runcing ni..hahaha...
Ok kat sini akak nak ceita sikit...dalam akak belek-belek dokumen dalam komputer ini, mana-mana dokumen yang akak rasa dah patut send ke recycle dan yang mana patut akak simpan jadi kenangan. Dalam pada gitu, akak terjumpa satu novel yang akak tak tau siapa yang menulisnya..novel ni cukup sedih dan kalau sesiapa yang baca novel ni kalau dia tak menangis maksudnya hati dia kering,beb..dalam hati dia langsung tak de taman..sepohon pokok pun tak de.. so kat sini akak nak minta maaf terlebih dahulu kepada penulis asal cerita ni sebab akak rasa cam nak share je dengan kamu-kamu semua kat luar sana..akak tak sure samada cerita ini dah dipublish atau pun tidak..tujuan akak satu je cuma nak share je...Cerita dia bertajuk "KASIH DIHUJUNG RINDU"
Ceritanya bermula macam ini...
Bab 1 - Farah
Matahari
yang gagah bersinar mula berdikit-dikit menyembunyikan diri tika mega merah
mula menampak diri di kaki langit. Aku masih lagi termenung di tabir tingkap
kamarnya. Sekali-sekala aku menghelakan nafas mengeluh apabila memikirkan
tentang Khairul, duda beranak dua.
Linda,
isteri Khairul meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka yang kedua iaitu
Azim yang berusia setahun. Manakala Farhan anak sulung mereka pula berusia dua
tahun setengah. Aku memang mengenali mereka memandangkan aku pernah bekerja
sepejabat dengan mereka berdua. Malah kami bertiga merupakan kawan baik.
Tetapi, rezeki aku ada di tempat lain pula. Aku bertukar tempat kerja jauh di
ibu kota. Sedangkan Khairul tika itu masih setia berada di sebuah daerah di
utara Perak.
Aku
ingat lagi pertemuan kami buat pertama kalinya setelah lima tahun terputus
hubungan tengahari tadi. Tika itu aku sedang sibuk memilih hidangan untuk makan
tengahari.
"Maafkan
saya, ini Farah Amirakan?" Tegur satu suara di sebelahku. Aku pantas
menoleh. Tergamam aku seketika melihat akan wajah yang sedang memandangku
dengan senyuman.
Aku
pantas menganggukkan kepala. Fikiranku ligat berfikir. Rasanya aku pernah
berjumpa dengan lelaki ini, tapi siapa ya? Dalam aku tercari-cari dan
meneka-neka siapakah gerangannya lelaki tampan yang berada
di
depanku ini, tiba-tiba sahaja dia menghulurkan tangan untuk berjabat.
"Ini
akulah. Khairul." Jawapan yang keluar dari mulutnya menghapuskan tanda
tanya yang bersarang di fikiranku.
"Kau
Khairul? Tak kenal aku tadi pada kau. Sorrylah... kau dah nampak lain sekarang.
Dah pandai simpan misai dan janggut. Makin smart aku nampak. Agaknya Linda pun
risau. Manalah tahu, kalau-kalau ada perempuan sangkut pada kau." Kataku
bergurau. Tapi, wajahnya yang ceria tadi kembali redup. Murung.
Hatiku
berdetak laju. Kenapa dia tiba-tiba begini? Adakah aku tersilap cakap atau ada
sesuatu yang berlaku antara mereka berdua. Aku serba-salah. Khairul memalingkan
wajahnya ke arah lain. Dia menyapu rambutnya ke belakang dan kemudian mengeluh
perlahan tapi kedengarannya seolah-olah cuba melepaskan beban yang terlalu
berat yang menghimpit benaknya.
"Emm...
maafkan aku. Kau tak apa-apa? Adakah aku tersalah cakap? Atau pun aku
ketinggalan sesuatu dari kau?" Lembut aku menyapanya kembali. Dia kembali
memandang wajahku lalu tersenyum sedikit. Tapi, jelas di wajahnya ada sedikit
garis kekecewaan.
Aku
memberikan laluan pada pelanggan lain untuk mengambil makanan. Aku mengajak dia
ke tempat di hujung Restoran Hijau itu. Dia hanya menurut sahaja. Sementara itu
aku memesan minuman buat kami berdua setelah aku pastikan dia tidak mahu
menjamah apa-apa makanan.
"Apa yang sudah berlaku?" Tanyaku tidak sabar.
Khairul memandangku dengan sayu. Matanya kelihatan berair.
"Linda...
Linda sudah setahun pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya." Jawabnya
tenang lalu tunduk memandang meja.
Dan hari
itu barulah aku tahu bahawa Linda telah meninggal dunia sewaktu bergelut untuk
melahirkan Azim ke dunia. Aku menghulurkan simpati buat Khairul sekeluarga. AKu
nampak dia tabah walaupun hakikatnya dia kelihatan amat menderita. Aku kagum
dengan semangat
yang dia
tunjukkan.
Selepas
itu kami hanya berbual-bual kosong untuk mengisi masa. Dia tetap macam dahulu,
sentiasa tenang dan ada ketikanya dia cuba
bergurau
walaupun gurauannya agak janggal kedengaran di telingaku. Tapi, aku cuba
melayaninya sebaik mungkin.
Khairul
sudah bertukar kerja di ibu kota kerana syarikatnya membuka cawangan baru di
sini. Jadi, yang akan bertanggungjawab dalam memastikan pentadbiran syarikat
barunya itu berjalan lancar.
Khairul
seorang lelaki yang amat baik yang pernah aku temui. Malah aku tidak malu untuk
mengaku bahawa aku pernah jatuh cinta padanya walaupun aku ketahui bahawa dia
sudah mempunyai pilihan hati. Tetapi, perasaan itu hanya aku pendamkan di dalam
hatiku memandangkan kekasihnya itu adalah sahabat aku sendiri. Akhirnya aku
pasrah dengan ketentuan ILAHI.
Tapi,
kini kami mungkin kembali seperti dahulu memandangkan pejabat kami dalam satu
bangunan cuma berlainan tingkat sahaja. Aku di tingkat lima manakala dia di
tingkat tujuh. tetapi, aku amat rindukan pada
Linda.
Rindu pada dirinya yang sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan pun. Hampir
menitis airmataku apa mendengar berita kematian Linda dari Khairul. Tapi, ALLAH
lebih menyayanginya. Semoga rohnya
aman di
sana.
Aku amat
berharap, persahabatan kami yang terputus dahulu akan kembali mekar. Malah dia
berjanji akan menemukan aku dengan anak-anaknya. Aku tidak sabar untuk menanti
tibanya hari tersebut.
Ok..ini baru bab 1..nanti kalau akak free lagi, akak sambung ke bab 2..ok...TUNGGGUUU...
Ok..Bye..
No comments:
Post a Comment