Friday 26 December 2014

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat..

Hari ini genaplah 10 tahun kejadian Tsunami yang mengemparkan seluruh dunia. Walaupun telah 10 tahun berlalu, bencana tsunami yang melanda rantau ini pada 2004 masih segar dalam ingatan penduduk kampung di sini malah kenangan pahit itu turut dikenang oleh 52 anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tsunami di beberapa pantai di Pulau Pinang pada 26 Dis 2004. Dalam sekelip mata, orang tersayang hilang daripada pandangan setelah ditelan ombak besar yang mengganas akibat kejadian gempa bumi berhampiran Banda Aceh, Indonesia.

Pada hari ini pula kejadian yang seakan sama tapi tidak serupa telah sekali lagi melanda negara kita. Kejadian banjir yang amat luarbiasa telah melanda negeri Kelantan, Trengganu, Pahang, Perlis dan Perak. Hari ini dengar dekat berita Kedah pula dilanda banjir. Berbagai-bagai dugaan yang Allah berikan kepada kita sebagai rakyat Malaysia.

Kalau kita perhatikan tentera, bomba, jpam dan penyelamat yang lain telah berusaha sedaya mungkin menyelamatkan semua. Walaupun mereka dituduh lembab, tetapi mereka tidak mengalah malah sedaya upaya mungkin mengerah tenaga dan keringat membantu orang awam, tanpa sempat untuk memikirkan keluarga, tidak berkesempatan menarik tangan anak-anak dan isteri untuk dipindahkan, keutamaan bagi mereka adalah tugasan untuk membantu semua. Itulah pengorbanan pahlawan kita.

Doakan pahlawan-pahlawan itu terus kental melawan arus deras untuk menyelamatkan nyawa-nyawa. Masih ada yang menyalahi pembesar-pembesar negeri, pembesar negara tanpa mengetahui mereka berhabisan cara..berhabisan ikhtiar mengatur..merancang strategi...membahagi2 kawasan tanggungjawab agar pasukan2 pahlawan itu digerakkan secara berkesan..semoga mereka terus berusaha..tiada lagi bendera parti hijau, biru, putih..bergabung menjadi satu visi iaitu menyelamat anak negeri..Sedarlah kita bahawa bencana menimpa tanpa mengira ideologi.

Semuanya adalah kehendak Allah SWT..Doa saya semoga semua mangsa banjir selamat..walaupun kalian jauh di mata..walaupun terputus hubungan dengan dunia luar..ketahuilah bahawa doa kami sentiasa mengiring kalian..


Gambar-gambar keadaan banjir yang akak terima dari kawan-kawan









No comments:

Post a Comment